Thursday, 5 November 2015

I Love You Budak Nakal 5.

"Aduh!"kata Mai apabila terlanggar seorang budak perempuan.

"Sorry akak,saya tak sengaja"kata budak perempuan tersebut sambil dibantu oleh Mai untuk mengutip barang-barang yang terjatuh.

"Nur Syasya,budak 1 Amanah?"teka Mai sambil tersenyum gembira kerana sudah bejumpa dengan budak yang ditugaskan untuknya.

"Akak ni penolong ketua pengawas eh?"kata Syasya sambil senyum.

"Yup"

"Ohh"

"Adik memang rehat sorang-sorang eh?"misi dimulakan."Adik budak pandai yang selalu dapat markah tinggi tu kan?Kenapa tak ada ramai kawan?Kalau ada masalah tanya akak eh"kata Mai penuh prihatin.

"Semua cakap saya berlagak pandai.Sebab tu saya tak rapat sangat dengan orang"cerita Syasya."Oklah akak,saya pergi dulu eh"

Mai melambai kearah budak itu dengan senyuman yang tidak putus-putus.

"Macam mana?dapat maklumat tak?"tanya Farhan.

Mai hanya angguk kepala.

"Balik nanti kita bincang eh"kata Farhan.

"Ok set"
¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤
'Aduh,macam macam mana nak bagi Irfan ni berubah ek?'kata hatiku.

"Affa,mana kerja sekolah aku?"tanya Irfan sambil memandang ke arah cikgu yang tengah mengajar.

"Jap"kataku sambil mengeluarkan buku Irfan.

"Thanks"

"Welcome"

Tiba-tiba aku sudah mendapat idea bagaimana hendak buat Irfan berubah.Tapi ianya sangat berisiko.Takpe,belum cuba belum tahu.

¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤
"Okay Mai,apa maklumat kau?"tanya Farhan sambil membuka laptopnya.

"Dia pandai tapi budak kelas dia ejek dia berlagak pandai.Sebab itulah dia mendiamkan diri.Tapi aku risau kalau lama-kelamaan macam ni,dia tak dapat bersosial dengan kawan-kawan sampai dia mati and then aku takut pelajaran dia merosot sebab tak dapat bertukar-tukar idea dengan orang lain"kata Mai panjang lebar.Macam nak bentangkan masalah negara jer.

"Jom kita tengok Facebook dia.Berapa friends dia dan tanggapan orang sekeliling"kata Farhan sambil tangannya ligat membuka akaun Facebooknya.

Farhan menaip nama Nur Syasya di ruangan cari orang.

"Ni dia"

Anees_cute:Budak ni berlagak pandai                           duh,benci aku.Dahlah tak                           ramai kawan.
Nataqil_cp:Betul tu Anees,dahlah dia                            bajet pandai.Geram aku                              dengan dia.
Fatin_tinggi:Apa kata kita ajar dia                                  cukup-cukup.Nak tak?


"Kesian budak Syasya ni,tak patut dorang buat Syasya macam ni"kata Mai sambil memegang tetikus untuk melihat komen yang lain.

"Friends dia sebanyak .......5 orang jer.Tu pun keluarga dia,"kata Farhan.

"Apa kata kita buat program suai kenal antara budak tingkatan 1 dengan tingkatan 2.Barulah kita dapat selesaikan masalah ni,"kata Mai dengan mata bercahaya.

"Pandai jugak kau ni eh,memang patut dapat anugerah UPSR terbaik seluruh negara.Bravo,bravo,"kata Farhan sambil bertepuk tangan.

Mai hanya kembang hidung macam lembu.

Sementara itu,di makmal.

"Pia,macam mana?Dah dapat maklumat?"tanya Aqil sambil tangan ligat membuka laptopnya.

Pia melihat laptop Aqil dan ternampak yang gambar dia sebagai background.'Ohh,kau ada hati kat aku eh'kata Pia dalam hati.

"Dia ni mangsa buli.Dan ni gambar yang aku dapat masa orang tu buli Puteri Dania.Aku dapat tahu dapat orang yang buli tu,Nur Ellia Eshazreen.Dari kelas 2 Cekal.Jiran kelas kita,"kata Pia sambil memberikan gambar Ellia mencekak leher Puteri Dania.Menggerunkan!

"Macam mana kau boleh bawak kamera?"tanya Aqil yang pelik kerana sememangnya pelajar tidak dibenarkan membawa telefon ke sekolah.

"Hehe,aku ambik Mai punya.Dia kan anak murid kesayangan Cikgu Liana,"kata Pia.

"Kembali kepada tugasan kita.Kenapa Ellia buli budak tu?"tanya Aqil dengan tangan yang sedia ada dengan buku nota dan pen.

"Dia dibuli sebab Ellia jeles dengan Puteri Dania kerana Puteri dengan Ellia sebenarnya adik beradik tiri.Lepas tu,kat rumah dorang, mak Ellia sayngkan Puteri lebih dari anak kandungnya,Ellia"cerita Pia panjang lebar.

"Okay,apa kata kita buat program banteras buli?"cadang Aqil.

"Okay set"

Sementara itu di pondok.

"Teha aku dah tahu nak buat apa"kataku.

"Kita buat....."


4 comments:

  1. Dalam masa setahun lagi yerrr....

    Maaf sebab menunggu..

    Sila memberi komen yang PEDAS lagi HANGAT yerr..

    ReplyDelete
  2. Bila kau nk sambung,popia?
    Lg sthun?
    Ntah²..smpai aq kwin pon blom smbong..
    Ceh!

    ReplyDelete
  3. Bila kau nk sambung,popia?
    Lg sthun?
    Ntah²..smpai aq kwin pon blom smbong..
    Ceh!

    ReplyDelete