Tuesday, 3 November 2015

I Love You Budak Nakal Bab 3.

"Irfan,nah"kataku sambil menghulur buku kepada Irfan.Mukaku tak payahlah nak cakap,masam giler.

"Hurmm,Affa,sorry tau pasal semalam tu,aku tak sengaja"kata Irfan dengan muka yang bajet hensem.

Aku hanya mengangguk sambil membuat kira-kira.

"Kau dah sihat kan.Tak sakit lagi kan?"tanya Irfan.

"Ye,aku dah sihat"kataku dengan tangan masih lagi membuat kira-kira.

"Kalau macam tu baguslah,petang ni basuh kereta aku"kata Irfan sambil tersenyum sinis.

"Whats!".
¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤
"Cepatlah sikit"arah Irfan sambil tangannya bermain fon.

"Sabarlah,aku dah penat ni"

"Sikit-sikit penat"

"Aku dahlah kena buat kerja sekolah kau,pastu basuh kereta kau,penat tahu tak!"

Perasaan kasihan menusuki kalbu Irfan."Buat apa nak kesian,sapa suruh hantar kerja sekolah aku lambat"desis hati Irfan.

"Hai Irfan"tegur Natasha yang tergila-gilakan Irfan dari darjah 6.Badan Natasha tu tak payahlah nak cakap,tak cukup kain.Dengan mekap yang tebal giler,kasut tumit tinggi.Fuhh,menakutkan.

"Hai honey"kata Irfan dengan suara yang lembut.Dengan aku punyalah susah nak cakap lembut.Keras macam batu.

"Teha,cuba kau tengok kat sana"kata Ieca.

"Mana-mana?"kata Nur Fateha Syahdinah.

Jari Arissa diluruskan ke arah Irfan dengan Natasha yang sedang #*$&!..
Eee,tak usah nak cakap.

"Ehh,tu kan Affa?"kata Fashah dan Fatinah serentak.Sehati sejiwa.

"Betul3"Aqil mengajuk cakap Upin dan Ipin.

"Mesti kena buli dengan Irfan ni.Perangai Irfan ni masih tak ubah-ubah.Aduh,kawan siapalah ni"kata Firash Izzwan.

Aku melihat kawanku nun disana.Langsung tak pedulikan aku.Sampai hati korang.

¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤

"Amirul Farhan,Muhammad Aqil Danish,Muhammad Fashah,Firash Izzwan,Nur Safiyya Humairah,Sofea Solehah,Nurfatinah,Nur Arissa Aimi,Nur Fateha Syahdinah dan Nur Affanaili Fazyha"sila berjumpa dengan pengetua sekarang.

Semua berbisik-bisik'Kenapa dorang kena panggil?bukan ke dorang budak pandai?'

¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤
Tok,tok!

Mai mengetuk pintu bilik pengetua dengan perasaan berdebar-debar.

"Masuk"

Semasa kami melangkah masuk ,kami beristighfar banyak kali kerana guru besar kami bukan calang-calang orang.

"Kenapa cikgu panggil kami"kata Mai sebagai wakil kepada kami semua.

"Cikgu nak kamu semua jadi spy di sekolah ini"kata Cikgu Syukri merangkap bapa kepada Irfan dan guru besar di SMK Putera Airiss.

"Hah!?"

P/s:Cerita kali ni dan sebelum-sebelum ni memang pendek.Maafkanlah daku wahai para pembaca sekalian.Hope you enjoy it.★☆:-)




3 comments: